Melawat ke KL.

            Pada 6hb. NOVEMBER yang lalu, cikgu saya, Azman telah membuat satu rombongan kepada tahun 4, 5, 6. Saya turut menyertai rombongan itu. Saya membayar sebanyak RM20.00. Bas itu bertolak pada pukul 7.30 pagi. Jadi saya bangun pada pukul 6.00 pagi kerana takut ketinggalan.

Sebanyak 80 orang murid yang mengikuti lawatan itu. Jadi cikgu saya membahagikan kepada dua kumpulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Saya menyertai rombongan itu pada hari Sabtu. Kawan-kawan saya mengambil pada hari Ahad. Saya duduk di sebelah kawan saya iaitu Nur Hidayah. Di sana saya mencatit lawatan-lawatan yang saya pergi.

            Pada pukul 9.30 pagi saya pergi ke KLCC dan PETROSAINS. Di KLCC saya cuma membeli-belah sahaja. Apabila saya pergi ke PETROSAINS saya lihat air terjun yang indah. Saya menaiki kereta gergasi untuk sampai ke suatu tempat iaitu hendak melihat isi di PETROSAINS.

Apabila saya sampai di sana saya melihat Arif iaitu hendak mengetahui
komputar. Di sana juga saya melihat tayangan gambar. Saya juga dapat mengetahui banyak pelajaran. Saya juga dapat mengetahui isi minyak.

Saya dapat menaiki helikopter. Disana saya terkena guruh dan hujan pun
turun. Apabila hendak balik, saya menaiki kereta gergasi sekali lagi. Apabila sudah keluar daripada kereta gergasi itu saya pergi membeli-belah.

            Kemudiannya, kami pergi ke Masjid Negara. Di sana saya bersembahyang zohor dan dapat melihat makam Tunku Abdul Rahman,
Tun Abdul Razak, dan Tun Hussin Onn. Selepas itu saya pergi ke
PUTRAJAYA di sana saya makan tengahhari. Pada pukul 4.20 kami pergi bersembahyang di Msjid Putrajaya. Selepas itu saya pergi ke KLIA
saya dapat melihat kapal terbang mendarat.

Pada pukul 7.30 malam saya singgah di surau untuk bersembahyang dan bermandi. Kemudiannya saya membeli-belah.

            Pada pukul 8.20 saya balik semula ke Melaka.


< muka depan