HARI SUKAN SEKOLAH


               Pada tahun ini sekolah saya telah menyambut HARI SUKAN SEKOLAH. Saya sekeluarga dan adik saudara saya pergi ke Majlis itu. Cikgu saya menjemput ibu bapa datang kesekolah.

               Saya memakai T-shirt berwarna hijau kerana saya dalam kumpulan Rumah Hijau. Abang saya pula memakai T-shirt berwarna merah. Saya memasuki acara 65 meter, 4x100meter, dan lompat tinggi. Abang saya pula memasuki acara Tarikh Tali. Adik saya pula hanya mengikut sahaja. Hari sukan itu di adakan pada hari Khamis 18.3.1999 pada pukul 2.30 petang.
 
              Acara yang pertama ialah SENAM AROBIC. Selepas itu, acara 65 meter perempuan10, lelaki10, perempuan11, lelaki11 perempuan12, lelaki12. Seterusnya penyampaian hadiah bagi 80meter pagar lelaki11 dan12 dan lontar peluru 12. Kemudian, acara 200 meter perempuan10,11,12  lelaki10,11,12. Selepas itu, acara Sepak Raga Bulatan untuk lelaki dewasa. Kemudian, acara mencucuk jarum dalam benang untuk perempuan dewasa. Seterusnya penyampaian hadiah bagi 65meter perempuan 10,11,12 dan lelaki10,11,12. Rehat lima minit.

                Seterusnya acara 4x100 meter perempuan10,11,12 dan Lelaki10,11,12. Kemudian acara 4x200 meter lelaki10,11,12 dan perempuan10,11,12. Selepas itu penyampaian hadiah bagi lompat tinggi dan lompat tinggi perempuan10,11,12 dan lelaki10,11,12 dan lompat jauh lelaki 10,11,12 dan perempuan10,11,12. Kemudian acara tarikh tali fanile Rumah Hijau dan rumah kuning. Penyampaian hadiah bagi 4x100 meter untuk perempuan 10,11,12 dan lelaki10,11,12, 4x200 meter perempuan dan lelaki 10,11,12, dan tarikh tali.

               Akhirnya Rumah Hijau menjadi juara, naib johan ialah Rumah Biru ketiga Rumah Merah dan akhirnya Rumah Kuning. Saya berasa bangga kerana dapat membawa pulang 2 emas dan1 gangsa. Saya juga bersyukur dan berasa bangga kerana telah dapat di pilih mewakili  sekolah dalam acara 4x10 meter, 65 meter, dan lompat tinggi bagi kumpulan dibawah 10 tahun keKejohanan Sukan Peringkat Kawasan Bukit China. Saya berharap saya akan berjaya sehingga kePeringkat Kebangsaan.

Untuk melihat gambar-gambar Hari Sukan sila klik disini.