MENYAMBUNG CERITA

malam itu sungguh gelap. Bulan dan bintang
tidak kelihatan dilangit. Aku terus berbaring di atas katil.
Puas aku cuba memejamkan mataku tetapitidak juga
mahu lena.

Jam yang terletak dikepala ketika itu sudah menunjukkan
pukul 2.00 pagi. Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk pintu.
Aku berasa takut. Aku pergi dengan perlahan-lahan. Apabila
saja aku membuka pintu, aku ternampak seorang tua yang
hodoh rupanya datang memegangku. Aku berasa takut. Orang
itu ketawa terbahak-bahak.

Aku pun lari meninggalkan tempat itu. Orang tua
itu marah, lalu mengekoriku. Kemana aku pergi akan
ternampak orang tua itu. Aku berlari ke atas dan
bersembunyi di dalam bilik mak dan ayahku. Di dalam
bilik itu sunyi sepi. Aku bersembunyi di bawah katil.
Orang tua itu dapat mengesan aku. Dia mencari di
sana sini namun dia tidak  putus asa. Tiba-tiba dia
mendekati aku. Aku pun berlari.

Apabila hendak turun dari tangga, aku
terjatuh. Aku membuka mata, emak dan ayahku
berada disisiku. Aku berasa lega.