MAJLIS HARI JADI DAN
QATAM QURANPada 16.Mac.2000 bersamaan hari Khamis, saya dan keluarga saya telah mengadakan satu majlis iaitu majlis hari jadi dan qatam quran untuk saya. Sebelum mengadakan majlis tersebut, kami sudah pun membuat
persiapan.Pada hari Isnin emak saya membeli barang-barang dapur
seperti makanan dan minuman. Pada hari Selasa bapa saya memasang
khemah dan emak saya pula membeli bunga telor. Pada hari Rabu pula
ramai yang tidur dirumah saya. Pada malam itu juga jiran tetangga dan
juga saudara-mara saya datang kerumah saya untuk menolong emak saya.Hari pun sudah mula, ia bermula pada pukul 3.00 petang.
Sebelum, bermula saya disolek oleh Umipah, emak saudara saya. Saya ditemani
oleh kakak saudara saya, Zailinda,13, kanan dan juga jiran saya, Liza,14, kiri,
dan saya ditengah-tangah sekali.Apabila sudah selesai majlis qatam quran, saya pun
menjemput kawan saya,Nur Hidayah. Majlis pun bermula. Selesai sudah
menyanyikan lagu selamat hari jadi kapada saya,saya pun memotong kek
dan membahagikan sama banyak kepada saudara mara saya dan juga
jiran saya.Majlis pun selesai, saya mengira duit yang saya dapat
dan hadiah. Saya menyuruh emak saya memasukkan duit itu ke dalam bank
supaya cerah masa depan saya kelak. Pada malamnya, kami saudara-mara
menyanyi menghiburkan hati. Tiba pukul 10.00 malam mereka pun balik
dan tidur.Majlis inilah yang menggembirakan bagi saya kerana telah
berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga anda terhibur dengan cerita
saya.
| muka depan | album qatam quran |